Kadang-kadang aku rasa aku terlalu mengenalinya
Tapi kadang-kadang aku seperti baru mengenalinya
walaupun hubungan ini telah terjalin hampir 3 tahun.
Hati kecil ini terlalu sedih dia seolah tidak pedulikan diriku
Tidakkah cukup kasih sayang yang aku berikan
Tidakkah cukup kebaikan dan kejujuran yang aku berikan
Masih tidak cukup sempurna diri ini untuknya ....
Adakah kerana perasaan sayang yang aku berikan , dia seolah-olah alpa tentang aku ....
Kadang-kadang .... aku rasa seperti tiada kekasih ....
Walapun cincin telah dibeli tapi ....
Masih tidak tahu bila tarikhnya kerana dia asyik dengan kerjayanya ....
Salahkah aku terlalu sayang kepadanya
Salahkah aku terlalu percayakan kata-katanya ......
Aku terlalu cintakanya sepenuh hati ini .....
Kenapa dia masih tidak dapat mengerti perasaan dan hati ini
Tidak banyak yang aku minta ....
Hanya aku mahu dihargai dan disayangi.....
Salahkah apa yang aku minta ....
Khamis, 12 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan